- Saiz bekas/balang/aquarium yang sesuai untuk bakal ikan laga sekurang-kurangnya yang bersaiz 2 biji bata. Jika boleh, bekas lebih besar dan luas juga sesuai untuk ikan laga anda. Ini supaya ikan anda boleh berenang bebas kerana di kehidupan liar ikan laga tinggal di sawah padi yang cetek dan luas. Gambar dibawah antara bekas yang sesuai untuk ikan laga anda selain dari aquarium yang besar.
- Tambah peralatan akuarium jika perlu seperti 'air pump' ataupun penapis. Jgn pilih penapis yang terlalu kuat hal ini kerana akan mengganggu/mengehadkan pergerakan ikan anda.
- Jika ingin menambah barang-barang perhiasan seperti kayu,pokok palsu pastikan barang-barang tersebut cukup-cukup bersih kerana barang2 perhiasan yang kotor seperti kayu yang masih baru mengandungi bacteria/alga/kulat yang boleh membunuh ikan laga.
- Pokok air yang hidup memang bagus untuk ikan anda. Ianya lebih cantik dari pokok palsu, dan ikan laga suka bermain,bersembunyi dan tidur di pokok air tersebut. Pokok hidup juga membantu mengoksigenkan air selain memastikan air bersih untuk tempoh yang lama.
2. PENYEDIAAN AIR. Air yang sesuai ikan laga adalah air yang bebas klorin. Air tapis dan air masak sesuai untuk ikan anda kerana air ini tidak mengandungi klorin. Jika anda menggunakan air paip biarkan air tersebut selama 3-5 hari sebelum digunakan untuk ikan laga anda jika ingin segera anda boleh menambahkan sedikit beberapa titis ubat anti-klorin yang boleh didapati dimana-mana kedai ikan peliharaan. Air yang sudah dirawat juga alternatif yang baik untuk ikan laga anda. Air mempunyai pengaruh besar kerana air yang kotor/berklorin boleh mendatangkan banyak penyakit kepada ikan laga anda kerana air-air ini mengandungi bacteria yang tidak sihat untuk ikan anda. Jika bekas/akuarium/balang ikan laga anda tiada penutup pastikan air tidak terlalu penuh. Ikan laga sangat aktif dan boleh melompat keluar dari akuarium.
3. MAKANAN IKAN ANDA. Makanan berbentuk pellet sesuai untuk ikan anda. Ikan laga hanya makan makanan yang muat dengan mulut mereka. Kadang-kadang ikan laga juga cerewet dalam pemakanan. Anda boleh tukar dengan jenis/jenama lain. Makanan ikan lain seperti makanan ikan emas/koi tidak sesuai untuk ikan anda.
Makanan brbentuk pelet |